Thursday 30 May 2013

TEMPAT PELANCONGAN DI SELATAN

 TEMPAT PERCUTIAN DI JOHOR 

 

 

 Pulau Rawa

.
Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain. Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.
.
.
Lautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan. Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.

Rawa Safaris' mempunyai 63 buah calet dan banglo serta sebuah restoran dan pub. Le Club Rawa mempunyai pantai persendirian dan beberapa buah calet yang terlindung di pinggir hutan berhadapan laut yang membiru.

 Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam. Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai. Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu. Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.

Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai

Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.
Gunung Ledang

Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.

Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini. Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.

Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.

Di sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.

 

Taman Orkid Johor Bahru


Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar, telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka". Dengan persekitaran seperti habitat asal, pelbagai orkid liar tempatan dipamerkan di ruang pameran. Pengunjung pasti tertarik dengan kemudahan interaktif yang digunapakai iaitu kaedah pandang-dengar (audio-visual) untuk membolehkan anda mengenali dan mendalami ilmu pengetahuan berkaitan orkid.
Anda juga pasti terpesona dengan keindahan taman ini yang penuh dengan tumbuhan hutan seperti tanduk rusa, keladi gajah selain diserikan dengan kolam dan pokok teratai yang subur menghiasi permukaan kolam. Terdapat beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman, Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan. Bagi penggemar orkid, pastikan anda membawa pulang pengetahuan mengenai orkid disamping mendapat pelbagai spesis orkid yang sukar didapati di pasaran.

Danga Bay

Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan. Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia. Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.

Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay merupakan taman rekreasi yang terbesar dalam Negeri Johor. Ianya terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene dan kawasannya merangkumi seluas 1380 ekar.

Kawasannya yang terletak di persisiran pantai telah menjadikan ianya tempat yang amat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran seperti beristirehat, beriadah, berhibur, menjamu selera dan berkelah. Tambahan pula, pengunjung boleh menaiki bot atau feri untuk menikmati dengan lebih dekat lagi keindahan alam dan melihat pusat perikanan yang boleh diperolehi di Kampung Melayu.

Panduan: Lokasinya terletak di Jalan Skudai. Dari pusat Bandar, anda boleh menaiki teksi atau berjalan di sepanjang persisiran Pantai Lido.



 TEMPAT PERCUTIAN DI MELAKA




ZOO MELAKA

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.





MENARA TAMING SARI




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.




MELAKA RIVER CRUISE




Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.




KOTA A FAMOSA




Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.



BANGUNAN STADHUYS




Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.



TAMAN BUAYA MELAKA




Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.





HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN



Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.


Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.

Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang” percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.





TEMPAT PELANCONGAN DI SARAWAK

GUA PARI @ FAIRY CAVE, BAU, KUCHING



Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.



Leganda Gua Pari - pari (Mitos)

Mengikut Cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak. Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang tiada penjaganya.



Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi batu.


Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di gua ini. Ini dapat di buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan pemujaan.

Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.
 

 
 
 
Depan Gua Pari



Tangga ini digunakan untuk masuk ke dalam gua. Ini kerana mulut masuk ke gua terletak di tengah tengah bukit batu gtersebut.



















 
 
 
 
 
 

GUA ANGIN @ WIND CAVE, BAU, KUCHING

 

Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.

Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.

Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.

Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!

Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran situ.


 

Kawasan Reakrasi Gua Angin


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Gambar -gambar di atas menunjukan pemandangan di kawasan luar gua berangin. Pengunjung tempat ini boleh bersantai di kawasan ini. Selain itu para pengunjung juga boleh bermandi manda di kawasan ini kerana bersebelahan gua tersebut terdapat sungai yang indah. Semuanya percuma dan tidak perlu di bayar kecuali hendak masuk kedalam gua tersebut.


 


Pemandangan Dalam Gua









Pemandagan dalam gua ini merupakan pemandagan yang asal dan bukan di reka- reka kerana gua ini memang terjadi semulajadinya. Untuk memudahkan para pengunjung memasuki gua tersebut di sediakan jambatan ataupun lorong khas untuk para pengunjung tempat ini.

 

 

 

WATERFRONT, KUCHING, SARAWAK

 

Waterfront merupakan satu tempat yang menarik di Kuching,Sarawak. Ini kerna kedudukan sungai ini yang strategik dan di jadi kan kawasan Bandar. Waterfront sangat menarik kerana sekelingnya lengkap dengan kemudahan. Tambahan pula kedudukan Shopping Mall dan juga hotel hotel berdekatan dengan sungai ini. Sesiapa yang datang pasti akan terpegun melihat kecantikan tempat ini terutamanya pada waktu petang iaitu apabila angin bertiup sempoi sempoi. Pada waktu malam pula kawasan ini indah dengan cahaya lampu yang mewarnai tempat - tempat ini membuatkan suasana bertambah indah.

Pemandangan di Waterfront
















Peninggalan Bangunan Zaman James Brooke yang di kekalkan.







Waterfront sampan - Kuching, Sarawak


Sampan ini digunakan untuk membawa penumpang menyeberang sungai ataupun membawa bersiar - siar di sungai Sarawak ini.



Bngunan ADUN Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai




Pemandagan di Waterfront pada waktu malam.