GUA PARI @ FAIRY CAVE, BAU, KUCHING
Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur
dan terletak di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung
perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi.
Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan
tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.
Leganda Gua Pari - pari (Mitos)
Mengikut Cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini
memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun
tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak.
Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan
gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini
amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang
tiada penjaganya.
Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini
tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya
manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak
antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya
mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi
batu.
Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini
terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di gua ini. Ini dapat di
buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang
terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan
pemujaan.
Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun
dahulu.
Depan Gua Pari
Tangga ini digunakan untuk masuk ke dalam gua. Ini kerana
mulut masuk ke gua terletak di tengah tengah bukit batu gtersebut.
GUA ANGIN @ WIND CAVE, BAU, KUCHING
Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang
terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching,
Sarawak, bersebelahan dengan Sungai sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45
minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin
di sempadan Sarawak-Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di
daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini
dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui
di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung
layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana
terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang
keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau
bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan
Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang
merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan
tersebut.
Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang
lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu.
Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga
rangka buaya!
Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat
pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran
gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan
bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai
makanan dan minuman berhampiran situ.
Kawasan Reakrasi Gua Angin
Gambar -gambar di atas menunjukan pemandangan di kawasan
luar gua berangin. Pengunjung tempat ini boleh bersantai di kawasan ini. Selain
itu para pengunjung juga boleh bermandi manda di kawasan ini kerana bersebelahan
gua tersebut terdapat sungai yang indah. Semuanya percuma dan tidak perlu di
bayar kecuali hendak masuk kedalam gua tersebut.
Pemandangan Dalam Gua
Pemandagan dalam gua ini merupakan pemandagan yang asal
dan bukan di reka- reka kerana gua ini memang terjadi semulajadinya. Untuk
memudahkan para pengunjung memasuki gua tersebut di sediakan jambatan ataupun
lorong khas untuk para pengunjung tempat ini.
WATERFRONT, KUCHING, SARAWAK
Waterfront merupakan satu tempat yang menarik di
Kuching,Sarawak. Ini kerna kedudukan sungai ini yang strategik dan di jadi kan
kawasan Bandar. Waterfront sangat menarik kerana sekelingnya lengkap dengan
kemudahan. Tambahan pula kedudukan Shopping Mall dan juga hotel hotel berdekatan
dengan sungai ini. Sesiapa yang datang pasti akan terpegun melihat kecantikan
tempat ini terutamanya pada waktu petang iaitu apabila angin bertiup sempoi
sempoi. Pada waktu malam pula kawasan ini indah dengan cahaya lampu yang
mewarnai tempat - tempat ini membuatkan suasana bertambah indah.
Pemandangan di Waterfront
Peninggalan
Bangunan Zaman James Brooke yang di kekalkan.
Sampan ini digunakan untuk membawa penumpang menyeberang
sungai ataupun membawa bersiar - siar di sungai Sarawak ini.
Bngunan ADUN Sarawak yang tersergam indah di seberang
sungai
Pemandagan di
Waterfront pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment